Israel telah beransur-ansur berundur daripada sempadan Gaza Palestin untuk kembali memasuki wilayahnya setelah menyerang Gaza Palestin bermula pada 8 Julai 2014 dan berakhir 4 Ogos 2014 (semalam), selama 28 hari. Berbeza dengan peperangan 8 hari antara Israel-Gaza Palestin, pada tahun 2012, Israel menyerang Gaza pada 15 November 2012 dan berakhir 21 November 2012 setelah campurtangan daripada Presiden Mesir, Dr. Muhamad Mursi yang dianggap wira ketika itu.
Semasa perang baru-baru ini pemimpin rampasan tentera Abdul Fattah Al-Sisi, terdengar juga ura-ura untuk melakukan gencatan senjata Israel-Gaza Palestin, tetapi tidak berupaya kerana Israel lebih menyinga daripadanya. Ia terpaksa menurut nasihat Israel.
Peperangan 28 hari itu telah memberi kita pengajaran bahawa Israel telah mendapat bantuan melalui satelit untuk mencari sasaran tembakan. kadang-kadang belaci-belacinya turut berada dilokasi yang disasarkan. penembakan sekolah PBB itu hanya satu taktik untuk mengaburi mata sahaja, seolah-olahnya sasaran, sasarannya tersasar, tembakan rambang dan tidak menentu sasarannya. Israel akan melakukan seolah-olah, apa yang dilakukannya dipersetujui dan di iakan oleh badan dunia.
