
Seorang
bayi diselamat oleh pihak bomba dan paramedik setelah diberitahu oleh penduduk
setelah mereka mendengar
bunyi bayi menangis dari dalam tandas awam tingkat
empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada
Sabtu lalu, menurut laman berita Zhejiang News.
Selepas
aduan itu diterima, beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk
memotong sebahagian saluran paip pembentungan yang berbentuk huruf L
berdiameter kira-kira 10 sentimeter itu dengan menggunakan gergaji.
Paip itu dihantar ke sebuah hospital untuk dipecahkan supaya bayi tersebut dapat dikeluarkan.
Doktor-doktor dan anggota penyelamat mengeluarkan bayi itu dalam tempoh hampir sejam. Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.
Stesen
televisyen di negara ini turut menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan
kerja-kerja menyelamat itu dilakukan.
Portal
berita hangzhou.com.cn melaporkan, bayi yang seberat 2.3 kilogram itu
terperangkap selama dua jam.
Bayi
itu mengalami luka di muka, kaki dan tangannya manakala kadar denyutan
jantungnya perlahan pada satu ketika.
Menurut
Zhejiang News, bayi tersebut diberi nama No.59.
Ia
melaporkan, nama tersebut diberikan berdasarkan nombor inkubator bayi itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayi_paipkumbahan_diserahkepadaibu/Article/

Pautan berkaitan:
http://busuk.org/ping/view/550112
http://busuk.org/ping/view/550130
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/Kes-bayi-dalam-paip-kumbahan-satu-kemalanganhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayi_paipkumbahan_diserahkepadaibu/Article/
.jpg)



.jpg)

No comments:
Post a Comment