Latest Post
Loading...

Monday, 4 August 2014

ISRAEL BERUNDUR


Israel telah beransur-ansur berundur daripada sempadan Gaza Palestin untuk kembali memasuki wilayahnya setelah menyerang Gaza Palestin bermula pada 8 Julai 2014 dan berakhir 4 Ogos 2014 (semalam), selama 28 hari. Berbeza dengan peperangan 8 hari antara Israel-Gaza Palestin, pada tahun 2012, Israel menyerang Gaza pada 15 November 2012 dan berakhir  21 November 2012 setelah campurtangan daripada Presiden Mesir, Dr. Muhamad Mursi yang dianggap wira ketika itu. 

Semasa perang baru-baru ini pemimpin rampasan tentera Abdul Fattah Al-Sisi, terdengar juga ura-ura untuk melakukan gencatan senjata Israel-Gaza Palestin, tetapi tidak berupaya kerana Israel lebih menyinga daripadanya. Ia terpaksa menurut nasihat Israel.

Peperangan 28 hari itu telah memberi kita pengajaran bahawa Israel telah mendapat bantuan melalui satelit untuk mencari sasaran tembakan. kadang-kadang belaci-belacinya turut berada dilokasi yang disasarkan. penembakan sekolah PBB itu hanya satu taktik untuk mengaburi mata sahaja, seolah-olahnya sasaran, sasarannya tersasar, tembakan rambang dan tidak menentu sasarannya. Israel akan melakukan seolah-olah, apa yang dilakukannya dipersetujui dan di iakan oleh badan dunia.




Wednesday, 6 November 2013

Tauhid Adalah Kesatuan Umat Manusia



Tauhid adalah persatuan dan kesatuan umat manusia. Keadilan, kebijaksanaan dan kesejahteraan baru wujud jika dijiwai dengan tauhid. Jika tidak, maka slogan pembangunan manusia menuju masyarakat adil dan makmur hanyalah slogan sahaja.

Kita digalakan untuk melakukan kebajikan, dengan berdasarkan pada landasan akhlak dan iman, membuang segala macam dan bentuk syirik, unsure-unsur yang berkaitan dengannya dan membasmi semua kepercayaan yang palsu. Sesat dan mengelirukan.


A153


“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” ( Q.S. Al-An'aam:153 )

Wednesday, 29 May 2013

Bayi: Hidup Mati Ditangan Allah s.w.t.



Seorang bayi diselamat oleh pihak bomba dan paramedik setelah diberitahu oleh penduduk setelah mereka mendengar 

bunyi bayi menangis dari dalam tandas awam tingkat empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada Sabtu lalu, menurut laman berita Zhejiang News.

Selepas aduan itu diterima, beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memotong sebahagian saluran paip pembentungan yang berbentuk huruf L berdiameter kira-kira 10 sentimeter itu dengan menggunakan gergaji.

Paip itu dihantar ke sebuah hospital untuk dipecahkan supaya bayi tersebut dapat dikeluarkan.


Doktor-doktor dan anggota penyelamat mengeluarkan bayi itu dalam tempoh hampir sejam.  Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.

Stesen televisyen di negara ini turut menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan kerja-kerja menyelamat itu dilakukan.

Portal berita hangzhou.com.cn melaporkan, bayi yang seberat 2.3 kilogram itu terperangkap selama dua jam.

Bayi itu mengalami luka di muka, kaki dan tangannya manakala kadar denyutan jantungnya perlahan pada satu ketika.

Menurut Zhejiang News, bayi tersebut diberi nama No.59.

Sunday, 9 December 2012

Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria



Kapal induk Amerika USS Eisenhower dilaporkan sudah berlabuh berhampiran perairan Syria di Laut Mediterranean, mencetuskan kebimbangan antarabangsa atas usaha AS untuk melakukan campur tangan ketenteraan di Syria.

Kapal perang Tentera Laut AS itu membawa lapan buah jet pejuang pengebom dan 8,000 tentera. Mereka datang berhampiran pantai Syria pada hari Rabu untuk melakukan campur tangan di Syria jika negara itu menggunakan "senjata kimia", Debkafile, melaporkan.

Pada masa yang sama Turki nampaknya sudah mengerahkan tentera di sepanjang sempadan Syria di samping sokongan terbuka pejuang anti-Damsyik.






Tuesday, 27 November 2012

Hezbollah Beri Amaran Kepada Israel






BEIRUT – Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.
Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.




Wednesday, 21 November 2012

Mamposss Kau!!!! 5 Juta Warga Israel bakal tingga...





Sumber media Israel melaporkan, sejumlah rumah sakit Israel di Palestin 48 (terjajah) meningkatkan kesediaan penuh menghadapi pelbagai kemungkinan.

Chanel 10 Israel menyatakan, keadaan siap sedia terlihat di beberapa rumah sakit, di mana sekitar 5 juta orang Israel menjadi sasaran serangan peluru-peluru berpandu Al-Qassam.

Dalam konteks yang sama, warga Al-Quds (terjajah) mencatat keadaan mencengkam di kota Al-Quds, sejumlah hotel tampak lengang usai jatuhnya peluru berpandu Palestin yang dilancar Brigade Al-Qassam ke beberapa sasaran di Al-Quds Utara pada Jumaat petang kelmarin.


Sumber: Gendang Perang: Mamposss Kau!!!! 5 Juta Warga Israel bakal tingga...


Tuesday, 20 November 2012

GAZA: Amaran dari Pimpinan Umum Brigade Al-Qasam





GENTING GAZA – Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini.

“Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza,” kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassam kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa.

 “Perang darat merupakan harapan terbaik untuk membebaskan tahanan Israel,” tambahnya.
Beliau merujuk kepada rancangan pejuang Palestin untuk menawan askar-askar Israel dan menukarnya dengan tahanan Palestin sekiranya Tel Aviv menceroboh Gaza.


Sumber: GAZA: Amaran dari Pimpinan Umum Brigade Al-Qasam


Monday, 19 November 2012

Kerjasama Ketenteraan Indonesia Dengan Airbus Military





LONDON-( MilNas ) :Pemerintah Indonesia menjajaki kerja sama jangka panjang dengan Airbus Military, khususnya dengan PT Dirgantara Indonesia setelah keduanya menjalin kerja sama kembali dengan penandatanganan Team Agreement Contract pada April...

Mengenali Briged Al Qassam - Generasi Muda Perindu...



Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.






Pejuang Wanita Di Gaza





 Semoga Allah selamatkan kamu srikandi Islam. Hanya doaku iring untukmu gua malu.. gua duduk di sini hanya menyampaikan ...




Uskowi on Iran - اسکویی در باره ایران: Israel-Palestine Conflict Intensifies



Palestinians on Friday launched longer-range rockets toward Tel Aviv and Jerusalem. The attack on Jerusalem was the first on the city since 1970s. In response, the IDF launched airstrikes before dawn Saturday on the Gaza City offices of Prime Minister Ismail Haniya. The offices were closed at the time of the attack.

Along with Premier Haniya’s headquarters, which was destroyed, the Israeli military struck the police and homeland security headquarters of Hamas in Gaza City. The Israeli Air Force also attacked 200 targets overnight including 120 rocket launchers as Operation Pillar of Defense intensified.






Sebab Apa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri






Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh ...


Sumber: Sebab Apa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Ber...


Yayasan Ramlan: Bagaimana Menerajui Pasaran Anda





Apakah persepsi pasaran terhadap perniagaan anda – perkhidmatan atau produk – yang sama dengan produk lain di kawasan anda. Sekiranya itulah persepsi anda, maka anda berada di tahap yang bahaya hanya dengan cara ini anda mampu bersaing dengan harga sahaja. Dan itulah jalan yang akan memusnahkan perniagaan anda.

Apabila produk anda adalah penggunaan komoditi–gas, perkhidmatan telefon, perakaunan, insurans, hadiah, membaiki kereta, hartanah perundingan, perkapalan, pendidikan maka ini adalah perniagaan yang mesti dijadikan produk perniagaan anda. Perniagaan anda adalah berbeza dengan perniagaan lain. Pastikan bahawa perniagaan anda bukan perniagaan komoditi. Perniagaan anda adalah unik.


Sumber: Yayasan Ramlan: Nukilan Pengasas, Bagaimana Menerajui Pasaran ...


Sunday, 21 October 2012

Pintu Pejabat Dibaiki



Alhamdulillah, pintu pejabat di pejabat Abi telah dibaiki kerana cerminnya pecah terlerai pada 20 Oktober 2012. Pihak pengurusan telah mengambil masa lima hari untuk membereskan masalah cermin pecah tersebut. Terima kasih.




Pintu Pejabat Pecah



Semalam, sekitar pukul 1820 pm, pintu cermin pejabat Abi telah pecah berderai tanpa disentuh oleh sesiapa. Ada beberapa andaian sebab-sebab berlakunya perkara tersebut; antaranya:

1. Kekerapa gegaran disebabkan oleh pergerakan LRT
2. Skru cermin barang kali kurang ketat
3. Pintu cermin acapkali dibuka tutup
4. Mungkin pernah terlanggar menjadikan kedudukan skrunya longgar
5. Tidak pasti sebabnya.


Wednesday, 10 October 2012

Pejabat Abi Baru



Hari ini saya ikut Abi ke pejabatnya di UTC, Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Walaupun pergerakan saya agak terbatas kerana hanya berada disekitar UTC tetapi saya seronok. Keseronokan itu sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata. Yang pasti duduk di situ seronok.






Monday, 8 October 2012

Peluang



Di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur, terdapat jabatan kerajaan dan swasta yang menjalankan operasinya sehingga pukul 10.00 malam. Saya rasa ini adalah peluang bagi warga kota untuk merebutnya kerana mungkin pada hari biasa waktu pejabat mereka sibuk dengan tugas-tugas harian kerja, manakala pada hari Sabtu dan Ahad bersama keluarga. Bagi mereka yang ada ruang selepas waktu pejabat boleh terus menaik LRT dan berhenti di Plaza Rakyat untuk kebangunan bersebelahan. Semoga urusan pentang tuan puan tidak tergendala. Sila lihat pautan ini: UTC Kuala Lumpur.




Sunday, 7 October 2012

Islam ...



Apa ertinya kita menganut Islam?


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Saya berkesempatan menghadiri PPPM 2013-2025 yang diadakan di UTC, Pudu Sentrak, Kuala Lumpur, hari ini. Ramai pengunjung yang hadir untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang PPPM 2013-2025 yang dibentangkan. Hadiran terdiri daripada guru-guru, wakil-wakil PIBG, jemputan dan orang awam. Pamiran turut diadakan pada hari tersebut.




Wednesday, 8 August 2012

Kenapa Anda Gagal Dalam Blogging



Adakah “kereta kuda” penyebab utama anda gagal dalam blogging?


Memang banyak blog yang wujud di Malaysia ni. Di sana blog, di sini blog, di situ blog. Tengok Facebook kawan pun dah semakin ramai yang post link ke blog masing-masing.

Tetapi selepas beberapa bulan, tiba-tiba senyap je kawan-kawan kita tu. Bila kita tanya kenapa tak update blog? Macam-macam alasan yang mereka bagi. Takde masa la, malas la, itu la, ini la… Macam-macam…

Tetapi adakah anda tahu kenapa mereka jadi macam tu? Kenapa mereka boleh berhenti dari blogging? Kenapa mereka gagal dalam dunia blogging?

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati terdapat 5 sebab utama kenapa blogger-blogger ini, erm…mungkin anda pun salah seorang daripadanya, boleh berhenti dan gagal dalam blogging…

Di antaranya adalah…


Sumber: Kenapa Anda Gagal Dalam Blogging


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”
JellyMuffin.com